Sudah Kehilangan Ibu Bapa… Kini Kehilangan Keupayaan Bergerak.
Syafiq adalah seorang pemuda OKU sejak lahir.
Sejak kecil, hidupnya penuh ujian.
Namun Syafiq tetap kuat dan berusaha menjalani kehidupan seperti orang lain.
Selepas kehilangan kedua-dua ibu bapanya, Syafiq terpaksa berdikari.
Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, dia sanggup melakukan kerja-kerja berat untuk menampung kehidupannya.
Namun pada tahun 2026, satu kemalangan telah mengubah segalanya.
Kini Syafiq lumpuh seluruh badan dan hanya mampu terbaring.
Syafiq kini dijaga oleh seorang adik perempuan yang terpaksa berhenti kerja demi menjaga abangnya sepenuh masa.
Untuk meneruskan kehidupan, adiknya hanya mampu membuat karipap secara kecil-kecilan dari rumah bagi menampung keperluan harian mereka.
Lebih menyedihkan, mereka juga telah dihalau dari rumah sewa kerana tidak mampu membayar sewa.
Kini mereka hanya menumpang di rumah rakan untuk berteduh sementara.
Setiap hari mereka berdepan dengan kos rawatan, ubat-ubatan dan keperluan hidup yang semakin mencabar.
Di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini,
kami merayu kepada orang ramai untuk sama-sama membantu meringankan beban Syafiq.
Walaupun sedikit, sumbangan anda sangat besar maknanya buat mereka.
Semoga setiap bantuan menjadi amal jariah dan pahala berpanjangan.
Scan QR Code di bawah untuk menyumbang